fbpx

Banjir kilat: Warga emas lumpuh terperangkap diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita warga emas yang diselamatkan anggota bomba di Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam.

SHAH ALAM – Seorang wanita warga emas yang terbaring lumpuh akibat strok diselamatkan pasukan bomba selepas rumahnya dilanda banjir kilat di Taman Iswara, Sri Muda Seksyen 25 di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, operasi menyelamat mangsa berusia 75 tahun dilakukan selepas pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.50 pagi.

Seramai tujuh pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam terlibat dalam operasi tersebut.

“Anggota bomba yang tiba pada pukul 9 pagi mendapati mangsa terperangkap dalam banjir kilat dan memerlukan bantuan pemindahan.

“Wanita itu kemudian dipindahkan ke tempat selamat,” katanya hari ini.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan hujan lebat selama lapan jam yang melanda Shah Alam sejak pukul 1 pagi mengakibatkan beberapa lokasi dinaiki air termasuk di Sri Muda. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI