fbpx

Banjir kilat di Jalan Meru, 8 mangsa dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kawasan dinaiki air berikutan hujan lebat.

KLANG – Seramai lapan orang mangsa dipindahkan selepas kediaman mereka di Jalan Meru, Taman Sri Jaya di sini dinaiki air setinggi 0.6 meter, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4 pagi berhubung kejadian banjir kilat itu.

Katanya, seramai 12 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar dan Andalas terlibat dalam operasi itu.

“Sebanyak 10 buah rumah terlibat dengan kedalaman air adalah 0.6 meter.

“Lapan mangsa telah berjaya dikeluarkan dengan kerja-kerja memindahkan mangsa masih dilakukan,” katanya hari ini.

Sementara itu, berdasarkan portal info banjir menunjukkan lima stesen menunjukkan berada di paras bahaya iaitu Batu 12 Hulu Langat, Jenderam Hilir, Taman Sri Muda, Pekan Meru dan Tegu Kris, Klang setakat pukul 7 hingga 7.15 pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI