fbpx

Atok dalang seludup arak, rokok tiruan bernilai RM128,910

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA arak dan rokok tidak bercukai yang dirampas susulan tangkapan ke atas seorang warga emas di Tangkak, Rabu lalu.

TANGKAK – Seorang warga emas ditahan dalam Op Kontraban dipercayai menjadi dalang dalam satu sindiket arak tiruan dan rokok tidak bercukai di sekitar Tangkak Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Roslan Mohd Talib, dua serbuan telah dilakukan bermula dengan sepasukan Polis Marin Wilayah 2, Muar telah melakukan serbuan di kawasan tanah rezab milik Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Kampung Baru Grisek, di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Bertindak atas maklumat, serbuan berikutnya pada pukul 6 petang hari yang sama dilakukan sepasukan polis dari Balai Polis Tangkak telah berjaya menahan suspek seorang lelaki warganegara tempatan berusia 66 tahun, serta membuat rampasan pelbagai jenis rokok yang dipercayai tidak bercukai.

“Jumlah rampasan dari kedua-dua serbuan adalah sebanyak 164 karton pelbagai jenis rokok, sembilan karton minuman keras jenis beer dan 67 botol minuman keras jenis liquor.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan adalah sebanyak RM128,910.70,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Roslan, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI