fbpx

Arena bola sepak Malaysia makin berkembang – Presiden AFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden AFC, Shaikh Salman (tengah) telah bertemu dengan barisan kepimpinan tertinggi FAM di Kuala Lumpur, semalam. - Foto ihsan FAM

PETALING JAYA – Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memuji bola sepak Malaysia yang sedang dalam fasa berkembang selain menunjukkan peningkatan ketara ketika ini.

Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa menganggap peranan dimainkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sangat penting dalam memberikan impak terhadap perkembangan sukan No. 1 dunia dalam arena sukan tempatan.

Shaikh Salman berkata, hubungan rapat yang terjalin antara AFC dan FAM sejak sekian lama harap dapat terus dimanfaatkan untuk memastikan bola sepak negara lebih ke hadapan.

“Sejarah AFC dan bola sepak Malaysia saling berkait dan AFC akan sentiasa memandang tinggi pemimpin bijaksana dari Malaysia dahulu dan sekarang serta kami amat menghargai sumbangan mereka yang tidak ternilai kepada permainan Asia.

“Kami menghargai hubungan rapat kami dengan FAM dan kami mahu mereka terus memanfaatkan pelbagai kelebihan yang ditawarkan oleh AFC melalui pembiayaan pembangunan dan program-program penting,” katanya.

FAM dalam satu kenyataan semalam mengesahkan Datuk Mohd Joehari Ayub selaku presiden badan induk itu telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Shaikh Salman di Kuala Lumpur.

Ia pertemuan rasmi pertama dengan Shaikh Salman selepas Mohd Joehari dipilih sebagai Presiden FAM yang baharu pada 15 Februari lalu dan perbincangan adalah berkisar mengenai perkembangan semasa bola sepak di Asia dan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI