fbpx

Air banjir mulai surut, lalu lintas kembali lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di sekitar Sri Muda.

SHAH ALAM – Keadaan lalu lintas terutama di Sri Muda di sini kembali lancar apabila pemantauan di beberapa lokasi mendapati air mulai surut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, lokasi Sri Muda membabitkan Persiaran Budiman, Persiaran Jubli Perak, Persiaran Perusahaan Seksyen 23, ⁠AEON Big Seksyen 23, ⁠Jalan Mantap Seksyen 25/129 dan Stesen Shell Seksyen 19.

Katanya, pemantauan di Sri Muda juga mendapati banyak laluan alternatif ke Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).

“Bagaimanapun, pemantauan di Kilometer 15.3 lorong motosikal didapati ditutup sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan hujan lebat yang melanda Shah Alam sejak pukul 1 pagi mengakibatkan beberapa lokasi di bandar raya ini dinaiki air.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sebanyak 20 rumah dinaiki air setinggi 0.6 meter di Kampung Padang Jawa di sini.

“Jumlah mangsa terlibat ketika ini seramai tiga orang dan pembukaan pusat pemindahan sementara belum diputuskan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI