fbpx

Agrobank lancar cawangan hijau pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi (tengah) menyerahkan replika cek zakat Agrobank kepada wakil penerima (kiri) sambil disaksikan Tengku Ahmad Badli Shah hari ini.

PETALING JAYA – Agrobank mengukuhkan komitmen kepada alam sekitar menerusi perasmian cawangan hijau pertamanya di Bagan Serai, Pulau Pinang hari ini.

Cawangan Hijau Agrobank Bagan Serai, yang akan menjadi sebuah model perbankan lestari masa depan di seluruh Malaysia dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ia dilengkapi dengan sistem solar, sistem pengumpulan air hujan 350 liter untuk kegunaan am dan landskap, sistem penyejukan cekap tenaga serta sistem pencahayaan LED yang direka untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

Melalui inisiatif ini, cawangan tersebut dapat mengurangkan bil air dan elektrik bulanan sebanyak 45 peratus.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pembukaan cawangan berkenaan merupakan inisiatif penting pihaknya dalam usaha mencapai pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050.

“Melalui pembaharuan operasi serta sokongan terhadap pelanggan dalam amalan lestari, kami bukan sahaja dapat mengurangkan jejak karbon terhadap alam sekitar, malah menjadi perintis kepada perubahan dalam sektor pertanian di seluruh Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Sempena pelancaran tersebut, Nik Nazmi diiringi oleh Tengku Ahmad Badli Shah telah menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM80,988 kepada 10 buah masjid dan surau di sekitar kawasan Bagan Serai.

Selain itu, Agrobank menyerahkan manfaat perlindungan takaful sehingga RM665,000 kepada tiga waris peserta, sekali gus menunjukkan pendekatan bank yang menyeluruh terhadap tanggungjawab sosial korporat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI