fbpx

6 maut, helikopter terjunam dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sebuah helikopter yang karam di dalam Sungai Hudson, New York semalam. - X

BANDAR RAYA NEW YORK – Sekurang-kurangnya enam orang termasuk tiga kanak-kanak terkorban selepas helikopter yang mereka naiki terjunam ke dalam sungai di negeri New York, lapor portal berita ABC News. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 3.17 petang (waktu tempatan) di Sungai Hudson dekat Lower Manhattan semalam. 

Helikopter itu dilaporkan membawa seorang juruterbang, dua orang dewasa dan tiga kanak-kanak daripada sebuah keluarga, demikian menurut pegawai tempatan semasa satu sidang akhbar. 

“Semua penumpang termasuk juruterbang yang berusia 36 tahun terkorban dalam nahas ini.

“Helikopter tersebut terhempas kira-kira 15 minit selepas berlepas dari Wall St. Heliport,” katanya. 

Sementara itu, menurut pihak berkuasa Sepanyol,  lima sekeluarga tersebut berasal dari Barcelona. 

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan sedang giat menjalankan siasatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI