fbpx

3 rakyat Malaysia dicekup miliki dadah, vape di Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian suspek yang ditahan dalam operasi antidadah di sebuah pusat peranginan di Sungai Golok, Thailand kelmarin. -Foto POLIS SUNGAI GOLOK

SUNGAI GOLOK, THAILAND – Tiga rakyat Malaysia dicekup pihak berkuasa Thailand selepas disyaki memiliki dadah jenis Eramin 5, pil ekstasi dan rokok elektronik atau vape dalam operasi di sebuah pusat peranginan di Sungai Golok di sini kelmarin.

Tiga lelaki berusia 23, 27 dan 32 tahun itu merupakan antara 34 individu yang ditangkap dalam operasi yang dijalankan bermula pukul 9.30 pagi.

Kolonel Polis Daerah Sungai Golok, Jadsadavit Inprapan yang mengetuai operasi itu berkata, pemeriksaan pusat peranginan itu dijalankan bersama polis, tentera dan kakitangan daerah Sungai Golok.

Menurutnya, suspek rakyat Malaysia yang berusia 32 tahun itu didapati mempunyai vape dan menyembunyikan selain mengedar barangan yang belum diluluskan pihak kastam.

“Lelaki berusia 23 tahun ditahan selepas memiliki tiga biji pil ekstasi dan dua biji pil Eramin 5. Seorang lagi suspek pulak didapati memiliki 10 biji pil Eramin 5 dan vape.

“Selain itu, seramai 31 suspek lain yang merupakan warga tempatan ditahan selepas memikirkan pelbagai jenis dadah,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Jadsadavit memberitahu, 23 suspek yang ditahan turut didapati positif dadah

Tambahnya, kesemua suspek telah dihantar ke Balai Polis Sungai Golok di sini untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI