KLANG – Seramai 134 penduduk di sekitar Meru di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir hari ini.
Kesemua mangsa terdiri daripada 13 keluarga itu ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai setakat pukul 11 pagi tadi.
Mereka antaranya melibatkan penduduk di pekan Meru, Taman Sri Jaya, Taman Meru Indah dan beberapa kampung di sekitar kawasan berkenaan.
Berdasarkan maklumat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang, PPS itu mula dibuka diaktifkan kira-kira pukul 6.45 pagi.
Kesemua mangsa terdiri daripada 40 lelaki dan 39 wanita dewasa, 54 kanak-kanak dan seorang bayi perempuan serta 11 warga emas dan lima individu Orang Kelainan Upaya (OKU) yang akan ditempatkan di dua blok sekolah tersebut.
Tinjauan Kosmo! mendapati petugas JKM sibuk mendaftarkan mangsa dan memasang khemah di PPS tersebut dengan mangsa dijangka bertambah secara berperingkat dan akan dikemaskan dari semasa ke semasa.- KOSMO! ONLINE