fbpx

Wanita sarat hamil maut dalam perjalanan ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Seorang wanita yang sarat hamil anak kedua meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dikatakan pengsan di rumahnya di Taman Universiti Jaya Fasa 2 di Semeling, Bedong dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian disedari suami wanita terbabit apabila mangsa memaklumkan dia mengalami kesakitan seperti hendak bersalin sebelum tiba-tiba rebah dan pengsan di rumah mereka pada pukul 5.57 petang, semalam.

Katanya, lelaki berkenaan terus menghubungi ambulans dan sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, isterinya dikesan tidak memberi sebarang tindak balas.

“Semasa diberikan rawatan oleh pihak hospital, mangsa disahkan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Doktor telah membuat pembedahan untuk mengeluarkan bayi, namun bayi lelaki itu turut meninggal dunia dalam kandungan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, semakan rekod kesihatan dibuat dan wanita terbabit didapati tidak mempunyai sebarang rekod kesihatan dan pemeriksaan lanjut ke atas mayat mangsa turut mendapati tiada unsur jenayah atau khianat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Katanya, jenazah dua beranak itu dibawa untuk proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di Kuala Kurau, Perak iaitu kampung suami arwah yang bertugas sebagai seorang juruteknik di sebuah kilang di Pulau Pinang.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI