fbpx

[VIDEO] ‘Teringin nak makan, tak pernah dapat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang bapa menunjukkan 'corn dog' dan air yang dibeli dengan wang bantuan MySara.

PETALING JAYA – Kegembiraan seorang bapa membeli ‘corn dog’ iaitu sosej disalut tepung dengan inti keju berserta air minuman menggunakan wang bantuan MySara mengundang sebak dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi video TikTok dikongsikan oleh kaksha_9, dia memuat naik satu video dirakam oleh ibunya yang memperlihatkan bapanya menunjukkan makanan ‘corn dog’ berserta air selepas mereka membeli barangan menggunakan wang bantuan MySara.

“Aboh (abah) hang, dia kata cemey (benda percuma) RM100, lepas tu dia beli (yang) ini. Tak pernah beli. Dia teringin RM8 (corn dog), lepas tu ayaq (air) RM6. Buang tebiat orang kata.

“Dia kata pasal percuma, orang kerajaan bagi RM100. Kita makan lah (makanan) ini,” katan ibu wanita tersebut.

Ibu wanita itu turut memaklumkan, mereka menggunakan wang MySara itu bagi membeli barangan dapur seperti minyak masak lima kilogram, beras wang sekampit serta air kordial.

Dalam pada itu, bapa pengguna akaun TikTok itu memberitahu, dia membeli makanan tersebut kerana teringin merasainya.

“Teringin nak makan, dah tak pernah dapat (MySara). Seumur hidup tak pernah dapat,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang meluahkan kesyukuran membayar cukai pendapatan kepada negara apabila melihat keseronokan ibu bapa wanita tersebut.

“Sebab ini kami bayar cukai. Bahagia mereka, bahagia kita juga,” kata seorang pengguna TikTok.

“Puas hati kami bayar cukai bila dapat tengok pak cik, mak cik happy (gembira) macam ni,” ujar seorang lagi individu.

“Saya baru merungut dengan suami, kita kerja penat-penat sekali kena bayar cukai. Buat tuntutan tak dapat penuh. Tapi lepas tengok video ni, saya reda dan saya ikhlas dengan cukai yang saya bayar selama ni. Sihat selalu mak cik dan pak cik,” komen seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

@kaksha_91Mak hantar video ni semalam. Depa p claim duit mysara. Seronok dapat barang free mak abah kata. Alhamdulillah. Bahagia macam ni pun satu rezeki. Semoga mak abah siht selalu 🥹 p/s nanti kak beli corndog banyak2 kat abah ok 😇

♬ dreams, books, power and walls – JANNABI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI