fbpx

[VIDEO] ‘Satu-satunya harta terselamat kebakaran Putra Heights’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan barangan kemas mangsa kebakaran saluran paip gas Putra Heights yang terselamat.

PETALING JAYA – Seorang mangsa yang terlibat kejadian kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya tidak menyangka barang kemas yang disimpan dalam kotak terselamat dalam insiden pada 1 April lalu.

Klip tular tersebut dikongsikan pemilik akaun @Kedaiemasmunawara di TikTok yang memaparkan aksesori emas milik mangsa letupan tersebut.

“Hanya gelang dan cincin emas ini harta yang terselamat kebakaran,” tulisnya.

Video tersebut turut memaparkan proses pengembalian keadaan barang kemas seperti rantai, gelang, dan cincin emas kepada keadaan asal.

Berdasarkan beberapa komen di klip video itu, hanya barangan kemas tersebut dan beberapa keping wang yang disimpan dalam kotak aluminium tidak terbakar.

Rata-rata orang ramai bersimpati dengan mangsa dan mendoakan kesejahteraan semua yang terlibat.

“Sedihnya tengok tetapi syukur sekurang-kurangnya masih ada emas untuk teruskan perjalanan hidup,” kata @SolehahNaufal.

“Pengajaran kepada semua untuk kita bahawa emas ini yang boleh membantu kita ketika susah,” kata @Anis.

@kedaiemasmunawara

Salam takziah kepada semua mangsa yang terlibat dalam letupan gas di Putra Heights 🤲🏻 Semoga semuanya dipermudahkan segala urusan . #putraheights #kedaiemasmunawara #kebakaran #kebakaranpaip #paipgas #foryou #foryoupage #fyp #fyp

♬ Very Sad – Enchan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI