fbpx

[VIDEO] Rider tercicir dompet, orang ramai ‘gotong-royong’ tolong kutip duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu insiden menyentuh hati tular di media sosial menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan detik cemas seorang penghantar makanan kehilangan dompet ketika menunggang motosikal.

PETALING JAYA – Satu insiden menyentuh hati tular di media sosial menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) memaparkan detik cemas seorang penghantar makanan kehilangan dompet ketika menunggang motosikal.

Menerusi klip video yang dimuatnaik di X @anthraxxx781, dompet penunggang terbabit terjatuh secara tidak sengaja, mengakibatkan wang tunai yang dibawanya berterbangan di tempat kejadian.

Berikutan itu, beberapa individu yang dilihat turun dari kenderaan mereka untuk membantu mengutip wang berkenaan mencuri perhatian ramai.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata memuji tindakan spontan mereka yang membantu penghantar makan itu.

“Inilah peringatan bahawa kebaikan masih wujud, walau di tengah kesibukan kehidupan seharian,” komen @MohamadNikah.

“Semua prihatin terbaik!,” kata @Asraflah.

“Alaa menyampahnya hati tisu ni. Semoga semua duit yang jatuh tu cukup masa kutip. Kot terselit bawah kereta mesti tak perasan. Tiba terbayang muka abang rider bila kira duit tak cukup,” kata @freemovingyana.

Video tersebut kini meraih ribuan tontonan dan perkongsian, sekali gus membuka perbincangan hangat mengenai pentingnya empati di jalan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI