PETALING JAYA – Suasana tenang di sebuah rumah kedai bertukar kecoh apabila seorang penyewa menemui cecair merah pekat yang menitis dari siling bilik.
Penemuan mengejutkan itu membawa kepada pembongkaran kejadian tragis penemuan mayat lelaki yang tinggal di atas unit tersebut.
Mangsa dikatakan sudah meninggal dunia selama beberapa hari.
Menerusi perkongsian di TikTok @norman_affan, kejadian berlaku di sebuah rumah kedai apabila penyewa mengadu kepada pihak berkuasa mengenai bau busuk dan darah yang menitik dari siling biliknya.
Menurut penyewa itu, terdapat lelaki warga emas tinggal di unit atas biliknya, namun sudah tiga hari tidak melihat kelibat individu berkenaan.
“Ada darah menitik, pak cik (warga emas) dah tak keluar rumah tiga hari. Pintu rumah tidak boleh buka,” katanya.
Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia memecah pintu rumah lelaki terbabit dan mendapati mayatnya berada di dalam sebuah bilik.
Di ruangan komen, ramai yang menyifatkan penemuan darah itu sebagai ‘pertolongan’ daripada Allah buat si mati.
“Tengok darah boleh orang tahu ada kematian. Sedangkan rumah atas itu kalau basuh tak akan bocor ke bawah,” kata @Mzailani0982. – KOSMO! ONLINE
@norman_affan ada DARAH menitik ke katil jiran bawah ??Al-Fatihah buat mangsa🤲🏼 #allah #bombamalaysia #rescue #bomba #abambomba #firefighter #dangerous #darah #body #fyp