PETALING JAYA – Kreativiti penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus, Kuala Lumpur yang menukarkan ruang lobi lif dengan dekorasi menarik dan kelihatan mewah mendapat reaksi positif dan mendapat pujian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @Housetourmalaysia di TikTok, setiap tingkat dihias mengikut tema berbeza, dengan tingkat enam, tujuh dan sembilan disebut sebagai antara yang paling menarik.
Salah satu tingkat dihiasi dengan begitu kreatif seolah-olah sebuah galeri lukisan dengan pelbagai lukisan menarik digantung di dinding menjadikan ruang tersebut boleh menenangkan jiwa sesiapa yang melihatnya.
Ada juga penduduk yang melakukan dekorasi seolah-olah menyerupai ruang tamu rumah dengan diletakkan kerusia dan meja, selain lampu hiasan mewah.
“Kalau nak tengok tingkat paling cantik, naiklah ke tingkat sembilan, tujuh atau enam. Bagi saya, itu yang paling cantik. Setiap rumah menyumbang sedikit, ada yang derma, ada yang buat lukisan tangan sendiri,” katanya.
Kos untuk mendekorasi setiap tingkat juga bergantung kepada bahan yang digunakan.
Penduduk juga telah mengadakan rundingan awal untuk mendapatkan persetujuan bersama sebelum projek dilaksanakan.
Inisiatif komuniti ini turut mendapat perhatian ramai di media sosial, dengan ramai memuji semangat kejiranan dan hasil dekorasi luar biasa.
“Cantik, biasa tengok luar lif kotor sahaja tapi yang ini memang terbaik penduduk dia,” kata pengguna @Salme_sms.
“Kalau satu bangunan pemikiran yang sama seronoklah, kalau ada yang tak sama habislah,” ujar @Abamridwan.
“Kalau macam ini, nak naik turun tangga pun senang hati dari satu tingkat ke satu tingkat,” kata @J362547. – KOSMO! ONLINE
@housetourmalaysia #HTMshare satu tarikan di PPR Sg Bonus KL dimana terdapat dekorasi unik lift lobby disini. Kami sempat tour beberapa level yang dideko sendiri hasil kreativiti penduduknya dengan pelbagai konsep Hasil kerjasama bagi mencantikkan ruangan lift ini menarik perhatian ramai serta juga memupuk kerjasama antara penduduk. Korang rasa level mana yang paling menarik? Komen dibawah 👇🏻✨ #ppr #flat #pangsapuri #kualalumpur #ighome #ighometourmalaysia #kakideko #kakidekomalaysia #rumahviral #htm #dekorasi #housetourmalaysia #rumahmalaysia #malaysia #inspo #homeinspo #rumahidaman #minimalis #rumahmungil #sghompe #ighometourindonesia #rumahcantik #pinterest #fyp ♬ Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策