fbpx

[VIDEO] Bekas kakitangan kolej didakwa ambil ‘upah’ RM15,000 tipu kerja pembaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi Pegawai SPRM selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Melaka. -foto oleh ARIF HAMIZAN

MELAKA – Seorang bekas pembantu operasi kolej mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta dan mengambil rasuah RM15,000 sebagai upah memperakui perakuan siap kerja pembaikan pusat pengajian.

Tertuduh, Mohd. Rizuan Muhamad, 42, yang menghadapi tiga pertuduhan membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mohd. Rizuan yang ketika itu bertugas sebagai Pembantu Operasi N11 dan memangku tugas Pembantu Kemahiran H19 di Kolej Matrikulasi Melaka didakwa meminta suapan RM10,000 daripada seorang lelaki berusia 43 tahun.

Perbuatan itu sebagai dorongan memperakui perakuan siap kerja bagi kerja pembaikan jenang dan tingkap di institusi tersebut yang bernilai RM484,580.

Tertuduh turut berdepan dua pertuduhan menerima suapan masing-masing RM2,000 dan RM3,000 sebagai upah memperakui perakuan kerja siap berkenaan daripada individu sama.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Kampung Padang, Pokok Mangga di sini pada 14 dan 15 Ogos serta 28 September 2022.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Sharina Farhana Nor Sa’ari mencadangkan jaminan RM18,000 bagi kesemua pertuduhan beserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM10,000 berserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Mei ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI