fbpx

UCL: Inter perlu ulangi di San Siro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FRATTESI muncul wira Inter apabila meledak gol kemenangan pada hujung permainan ketika membenam cabaran Bayern awal pagi semalam. - AFP

MUNICH – Pengendali Inter Milan, Simone Inzaghi memberi amaran kemenangan 2-1 ke atas Bayern Munich di Allianz Arena bukanlah jaminan kejayaan, sebaliknya menegaskan pasukannya perlu mengulangi prestasi cemerlang itu di laman sendiri minggu depan.

Gol kemenangan dramatik Davide Frattesi pada minit ke-88, hanya tiga minit selepas Thomas Muller menyamakan kedudukan untuk Bayern menamatkan rekod tanpa kalah Bayern di tempat sendiri dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) sejak April 2021.

“Kami bermain dengan mentaliti yang kuat. Kami tahu apa yang Bayern mampu lakukan. Ini satu kemenangan penting, tetapi tidak akan beri apa-apa makna jika kami tidak melakukannya sekali lagi di San Siro,” kata Inzaghi.

Inter terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi kapten pasukan, Lautaro Martinez pada minit ke-38 apabila memanfaatkan peluang selepas sepakan awal Harry Kane untuk Bayern hanya menggegar tiang gol.

Meskipun Bayern memiliki penguasaan bola, Inter berjaya kekal kukuh di bahagian pertahanan dengan menampilkan disiplin dan semangat juang tinggi.

“Kami tahu bila Bayern menguasai bola, sukar untuk merampasnya semula. Jadi, kami tekankan kepentingan bermain dengan personaliti dan mengambil bola daripada mereka,” jelasnya.

Inter hanya dibolosi tiga kali dalam 11 perlawanan UCL musim ini, menjadikan mereka antara pasukan yang paling sukar ditembusi, namun Inzaghi tidak mahu anak buahnya leka dengan kelebihan tipis satu gol menjelang aksi timbal balik.

“Ini baru separuh masa pertama. Bayern pasukan yang kuat, tapi kami beraksi dengan semangat dan keberanian. Di San Siro nanti, kami perlukan lebih daripada itu dan sokongan padu dari penyokong,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI