fbpx

‘Saya dah letih, baik diam dan jadi bodoh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZEHRA Zamri enggan banyak cakap dengan suaminya risau dituduh gila, Buat masa ini dia hanya mahu tuntutan perceraiannya dibicarakan dimahkamah.

BANGI – Bagai tiada penghujung, penyanyi Zehra Zambri mengakui sudah letih berdepan kemelut rumah tangga dengan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin.

Zehra, 37, berkata, dia ingin segera dilepaskan kerana tidak tahan menanggung kesakitan yang memudaratkan kesihatan mental serta fizikalnya.

“Saya letih, sangat letih. Saya memilih untuk mendiamkan diri kerana nanti kalau bersuara saya yang akan kena semula. Kes cerai ini perlu diselesaikan segera.

“Kemelut yang berlaku sudah lama dan sangat memudaratkan saya. Kerjaya seni juga sedikit terjejas, saya fikir habis Gegar Vaganza (GV) boleh fokus dengan kerjaya tapi lain pula jadi.

“Cerita rumah tangga pula yang keluar. Saya sudah penat,” katanya selepas sebutan pertama kes permohonan cerai di Mahkamah Syariah Rendah Hulu Langat, hari ini.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Semalakama itu bertegas tidak mahu lagi berbincang dengan Iqwan di luar mahkamah sebaliknya mahu isu mereka segera berakhir.

Katanya, lebih baik mendiamkan diri selain menyerahkan sepenuhnya kes permohonan dituntut kepada pihak mahkamah.

“Tiada perbincangan di luar mahkamah antara kami. Saya sudah fikir sedalam-dalamnya sebelum buat keputusan untuk failkan cerai.

“Sekarang ini saya mahu jaga mental dan fizikal saya, nanti saya akan dituduh gila pula. Langkah terbaik adalah diam dan jadi bodoh.

“Orang tak tahu apa yang saya tanggung, lama sudah saya pendam tetapi apabila sudah memudaratkan saya wajar untuk saya minta cerai.

“Bagilah kerjasama, itu sahaja yang saya harapkan. Anak perlukan ibunya yang sihat. Saya terlalu sayangkan orang lain lebih daripada diri sendiri, sekarang nak sihatkan semula diri.

Pada 7 Mac lalu, Zehra memfailkan cerai secara ‘fast track’ terhadap suami selepas mendakwa sudah tiga tahun berkorban apa saja demi mempertahankan rumah tangga.

Pada prosiding pertama ini, Iqwan bagaimanapun enggan melepaskan Zehra dan mahkamah memutuskan kedua-dua pihak menjalani proses Jawatakankuasa Pendamai (JKP) pada 7 Mei depan.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 11 November 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI