KAHERAH – Misteri kematian Firaun Tutankhamun semasa berusia 18 tahun akhirnya dirungkai selepas pasukan saintis menemui bukti asid deoksiribonukleik (DNA), lapor portal berita The Sun semalam.
Pasukan saintis Pusat Penyelidikan Nasional Mesir dan Universiti Kaherah bekerja dengan dua pakar DNA Jerman. Mereka menganalisis sampel DNA beberapa mumia diraja termasuk Tutankhamun sendiri.
Penemuan mereka mendapati firaun itu mati akibat gabungan penyakit malaria dan masalah kesihatan dikaitkan dengan perkahwinan adik-beradik atau ibu-anak dalam keluarga diraja.
Pakar-pakar berkata, perkahwinan sesama adik-beradik menyebabkan daya tahan dan kesihatan Firaun Tutankhamun menjadi lemah.
Bukti DNA menunjukkan ibu bapanya adalah adik-beradik atau sekurang-kurangnya saudara terdekat tetapi ia merupakan amalan biasa pada era Mesir purba.
Walaupun memerintah selama sembilan tahun sahaja, Tutankhamun kekal sebagai salah seorang firaun paling ikonik dalam sejarah. Penemuan makam raja itu yang terpulihara, oleh ahli arkeologi Britain, Howard Carter pada 1922. – AGENSI