fbpx

Rumah kebajikan disyaki kurung, dera kanak-kanak ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan keadaan penghuni di sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Cheras yang didakwa dikurung di dalam bilik sempit.

PETALING JAYA – Rumah kebajikan persendirian di kawasan Batu 9, Cheras yang disyaki telibat kes penderaan kanak-kanak ditutup secara sementara.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Azmir Kassim berkata, penguatkuasaan penutupan sementara itu dibuat di bawah Seksyen 15 Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506).

“Rumah itu memang automatik ditutup sebab pengusaha ditahan polis dan kanak-kanak dibawa JKM.

“JKM sedang uruskan pemeriksaan kesihatan ke atas kanak-kanak (penghuni) bersama pihak hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan nasib 18 anak yatim yang dipercayai dianiaya termasuk dikurung dalam ruang sempit di sebuah rumah perlindungan persendirian berakhir apabila diselamatkan hari ini.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari berkata, kesemua kanak-kanak yang diselamatkan berusia antara 5 hingga 17 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pasangan suami isteri yang juga pemilik dan penjaga premis terbabit telah ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes penderaan kanak-kanak.

Katanya, pasangan warga tempatan berusia 66 dan 68 tahun itu ditahan pada pukul 3.20 petang dan permohonan reman ke atas kedua-dua suspek akan dibuat esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI