fbpx

‘Realiti jijik sumbang mahram, masih nak simpan bawah karpet’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erma percaya perbuatan sumbang mahram perlu didokumentasikan untuk tatapan umum demi memberi pengajaran kepada khalayak.

PETALING JAYA – Menerima pelbagai kritikan tentang babak sumbang mahram dalam drama Keluarga Itu, pengarah dan penerbit Erma Fatima menegaskan hanya mahu memaparkan realiti sebenar yang berlaku dalam masyrakat.

Dalam masa sama, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 56, menyifatkan pihak yang tergamak melakukan jenayah sumbang mahram mempunyai jiwa perlu diubati.

“Bila aku buat drama ini (Keluarga Itu), kalian kutuk kata menjijikkan tetapi ini realiti di luar sana.

“Masih nak simpan bawah karpet? Jiwa orang kita makin sakit,” katanya dalam hantaran Instagram.

Berkongsi lanjut, pelakon drama Mak Cun itu turut menggesa kerajaan menyelesaikan gejala kes sumbang mahram daripada terus menular.

“Tolonglah kerajaan ambil peduli dan cari solusi untuk bantu bendung masalah ini. Menyedihkan,” ujarnya lagi.

Dalam hantaran tersebut, Erma memuat naik artikel berkaitan kes rogol dan sumbang mahram yang berada di tahap membimbangkan apabila ada peningkatan berlaku setiap tahun.

Rata-rata bersetuju dengan tindakan Erma yang menghasilkan drama berkaitan jenayah tersebut bagi membuka mata sesetengah pihak.

“Bila kita nak didik dikatanya mengaibkan dan menjatuhkan maruah, sedangkan kita nak dedahkan serta celikkan mata dan minda masyarakat untuk beri perhatian dengan keadaan sekeliling,” ujar peminat.

“Setuju sangat dengan ada drama Keluarga Itu sebab benda ini betul-betul wujud. Tahun lepas sahaja, setiap bulan ada kes rogol dan kebanyakannya ayah rogol anak,” jelas pengikut.

“Mereka dalam fasa penafian bahawasanya dalam masyarakat ini dah bernanah kes haruan makan anak,” tutur pengikut lain.

Keluarga Itu merupakan drama terbitan Erma itu berkisarkan isu kekeluargaan yang jarang diketengahkan dalam naskhah tempatan.

Drama arahan Nur Ain Sharif, Ejump Mohd. dan Amor Rizan itu dibintangi Datuk Rosyam Nor, Puteri Balqis, Datin Paduka Umie Aida, Amir Ahnaf, Fattah Amin, Izara Aishah dan Muaz Zabir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI