fbpx

Raphinha mohon maaf ‘curi’ gol rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAPHINHA

BARCELONA – Pemain sayap sensasi Barcelona, Raphina memohon maaf kepada rakan sepasukan, Pau Curbasi kerana ‘mencuri’ gol yang dijaringkan ketika The Catalans menang 4-0 ke atas Borussia Dortmund pada aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Pada perlawanan di Stadium Olimpik itu, Raphinha tertampan bola ketika percubaan yang dilakukan oleh Curbasi hampir menerjah jaringan sekali gus menyaksikan pemain antarabangsa Brazil itu meledak gol ke-12 pada kempen UCL musim ini.

Kata Raphina, perasaan lega sukar digambarkan kerana risau jika jaringan tersebut dibatalkan ekoran kedudukan ofsaid sedangkan bola hampir melintasi garisan gol hasil sepakan Cubarsi.

“Saya akui risau jika berada dalam kedudukan ofsaid. Saya beritahu kepada Cubarsi bahawa saya telah melakukan sentuhan sebelum bola itu melintasi garisan gol.

“Ini kerana saya mahu mencetak nama selaku penjaring dan telah memohon maaf kepadanya. Segalanya berlaku dengan cukup pantas tetapi saya tetap mahukan jaringan tersebut,” kata pemain berusia 29 tahun itu.

Sementara itu, Raphinha mengakui gandingan bersama dua lagi rakan sepasukan di posisi serangan, Lamine Yamal serta Robert Lewandowski semakin sempurna dan mampu untuk membawa Barcelona mencapai kejayaan musim ini.

“Saya suka beraksi di peringkat tertinggi dan jika kita dapat kekalkan momentum ini, peluang pasukan untuk melangkah ke peringkat separuh akhir semakin cerah. Namun, kita tidak boleh memandang rendah dengan kualiti Dortmund,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI