fbpx

PSG belum selesa, mampu tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENDES (kiri) berjaya menghasilkan satu gol buat PSG menewaskan Villa awal pagi tadi. - AFP

PARIS – Pemain pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Nuno Mendes percaya pasukannya memiliki kelebihan selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Parc des Princes itu, PSG bangkit dengan tiga gol menerusi Desire Doue, Khvicha Kvaratskhelia dan Mendes selepas Villa mendahului hasil jaringan Morgan Rogers.

Biarpun yakin dengan bekalan selesa yang diraih, namun Mendes memberi amaran kepada rakan sepasukan bahawa masih ada aksi timbal balik di Villa Park dan ia boleh membawa padah sekiranya mereka lalai.

“Gol ketiga memang memberi kami lebih keyakinan kerana ada kelebihan dua gol ke atas mereka. Bagaimanapun, perlu diingat masih ada satu lagi perlawanan dan keputusan boleh berubah sekelip mata.

“Aksi kedua nanti pastinya lebih sukar kerana Villa sangat kuat beraksi di laman mereka sendiri. Kami perlu berjaga-jaga selain mengekalkan fokus dan terus bekerja keras dalam perlawanan,” katanya.

Bintang Portugal itu juga berharap PSG boleh menampilkan aksi sama ketika berkunjung ke Villa Park nanti kerana menganggap ia merupakan satu-satunya cara untuk mereka mara ke separuh akhir.

“Jurulatih sentiasa beritahu supaya kami tidak mengubah corak permainan walaupun sudah mendahului ataupun ketinggalan. Kami perlu bersabar dan memegang bola kerana ruang pasti akan terbuka,” ujar Mendes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI