fbpx

Premis perniagaan warga asing Puncak Alam digempur lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguatkuasa MPKS memeriksa premis di Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam, Kuala Selangor, hari ini. -Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam di sini digempur lagi apabila terdapat restoran dan kedai runcit diusahakan warga asing.

Serbuan kira-kira pukul 9 pagi itu dijalankan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPKS, Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, Operasi Bersepadu Premis Warga Asing selama lima jam itu hasil maklumat berkaitan aktiviti perniagaan tidak sah di kawasan berkenaan.

Katanya, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas tujuh premis termasuk dua yang didapati beroperasi tanpa lesen yang sah.

“Selain tiada lesen perniagaan, ia melibatkan kesalahan pengurusan kebersihan tidak memuaskan dan pengendalian premis oleh warga asing tanpa kebenaran.

“Empat daripada premis itu dikenakan notis penutupan secara serta merta,” katanya hari ini.

Jelas Mohamad Lutfi, Jabatan Kesihatan MPKS turut mengeluarkan enam kompaun dan notis kesalahan ke atas premis terlibat melibatkan pengendalian makanan seperti membuang sisa ke longkang awam dan gagal mempamerkan rekod suntikan tifoid.

Tambahnya, KPDN mengeluarkan empat kompaun berkaitan kawalan harga dan anti pencatutan, manakala SSM mengambil tindakan ke atas dua syarikat ekoran gagal mempamerkan papan tanda dan nombor pendaftaran perniagaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan lokaliti itu pernah diserbu dengan empat premis termasuk pusat cuci kereta diarah tutup dalam serbuan Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI