fbpx

‘Polis’ kebas duit warga emas hampir setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KULAI – Seorang wanita warga emas di sini mengalami kerugian sebanyak RM439,444 akibat terpedaya dengan panggilan telefon seorang individu menyamar sebagai Sarjan Fatihah dari Balai Polis Bintulu, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa yang berusia 62 tahun dihubungi suspek pada 20 Januari lalu dan mendakwa wanita itu telah terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

“Panggilan itu disambung kepada seorang lelaki yang mengaku sebagai Inspektor Hafiz dari Bukit Aman dan diminta menyerahkan maklumat kepada Bank Negara bagi tujuan siasatan untuk membersihkan nama daripada sebarang kes jenayah.

“Kemudian pada 24 Januari lalu, mangsa diminta meletakkan kad ATM miliknya di luar pagar rumah, selain diarah memindahkan semua wang ke dalam dua akaun yang baharu dibuka atas arahan suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Seng Lee, mangsa hanya menyedari ditipu apabila anak mangsa membuat pemeriksaan terhadap akaun tersebut dan mendapati kesemua wang telah dikeluarkan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI