fbpx

Pendekatan PM tangani isu tarif dapat pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETER (kanan) bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam sidang akhbar di WTC Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mendepani isu tarif oleh Amerika Syarikat (AS) mendapat pujian Duta Besar Belgium ke Malaysia, Peter Van Acker.

Jelasnya, Anwar dilihat mengambil pendekatan yang sangat seimbang dalam isu tarif, manakala kedudukan perdagangan Malaysia yang secara relatifnya tidak begitu terdedah kepada Amerika Syarikat dianggap baik dalam situasi kini.

“Perdana Menteri juga bercakap mengenai usaha untuk melihat kepada kerjasama lain dan beliau secara spesifik menyebut tentang Kesatuan Eropah, jadi amat penting perbincangan yang sedang diadakan antara Malaysia dengan Kesatuan Eropah berhubung Perjanjian Perdagangan Bebas.

“Kami kini sedang berusaha ke arah itu untuk meningkatkan lagi perdagangan antara dua rantau ini,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Memperkenalkan Pelan Induk Lumut Maritime Industrial City (LuMIC) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Presiden AS, Donald Trump pada Rabu menangguhkan pelaksanaan tarif yang sebelum ini didakwa bakal dikenakan kepada banyak negara termasuk Malaysia untuk tempoh 90 hari.

Tarif asas 10 peratus ke atas semua negara berkuat kuasa Sabtu lalu bagaimanapun diteruskan.

Sementara itu, Duta Besar Kesatuan Eropah ke Malaysia, Rafael Daerr berkata, Malaysia seperti Kesatuan Eropah amat berorientasikan eksport, jadi kedua-dua pihak memiliki kepentingan bersama untuk saling bekerjasama.

“Saya melihat kita sebagai rakan kongsi yang natural,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI