fbpx

MotoGP: Jorge Martin kembali di GP Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN bakal turun untuk aksi pertama musim ini pada sesi latihan bebas pertama di Litar Losail bermula esok. - AFP

DOHA – Juara dunia MotoGP, Jorge Martin sah bakal kembali beraksi pada saingan Grand Prix (GP) Qatar hujung minggu ini selepas pulih daripada kecederaan.

Martin yang bersaing bersama pasukan Aprilia itu sebelum ini terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan ketika sesi latihan pramusim Februari lalu.

Bagaimanapun, pelumba berusia 27 tahun itu perlu melepasi pemeriksaan kesihatan terakhir oleh pihak perubatan MotoGP sebelum dibenarkan turun beraksi di sesi latihan bebas pertama di Litar Losail bermula esok.

“Saya sangat teruja untuk kembali ke litar dan sekurang-kurangnya mencuba untuk berlumba di Qatar.

“Sasaran saya bukan untuk memaksa diri terlalu awal, tetapi fokus lebih kepada menyesuaikan diri semula dengan jentera RS-GP25 dan mengumpul kilometer di atas litar,” katanya.

Martin yang berpindah dari pasukan Pramac ke Aprilia musim ini, mengakui kecergasannya masih belum berada di tahap terbaik selepas menjalani pembedahan pada 25 Februari lalu.

“Secara fizikal, saya sendiri tidak pasti sama ada mampu menamatkan perlumbaan atau tidak. Tapi, jika berjaya habiskan perlumbaan, itu sudah satu kemenangan buat saya,” ujarnya.

Pasukan Aprilia sebelum ini memaklumkan Martin menjalani rawatan fisioterapi intensif bagi mempercepatkan proses pemulihannya.

Namun, keputusan akhir penyertaannya sepanjang hujung minggu ini masih bergantung kepada tahap kecergasannya selepas pemeriksaan lanjut selepas sesi latihan pertama nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI