fbpx

MA fokus masa depan olahraga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BALLARD

KUALA LUMPUR – Olahraga Malaysia (MA) merancang untuk meningkatkan bilangan jurulatih kebangsaan daripada sembilan ketika ini kepada 22 orang menjelang tahun 2026 sebagai usaha membina struktur pembangunan atlet yang lebih mantap di seluruh negara.

Pengarah teknikalnya, Robert Ballard berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk memperkukuh program latihan dan pencarian bakat baharu dalam usaha melahirkan atlet bertaraf dunia.

“Kami mahu jurulatih kebangsaan bukan sahaja tertumpu di pusat latihan utama, tetapi turut membantu membangunkan atlet di negeri-negeri melalui sistem hibrid.

“Ini cara terbaik untuk memperkasa jurulatih tempatan dan melahirkan lebih ramai atlet pelapis berkualiti di peringkat akar umbi,” katanya.

Menurut Ballard, proses pengambilan jurulatih sedang berjalan dengan teliti melibatkan jurulatih tempatan dan luar negara, termasuk beberapa nama besar yang pernah membimbing atlet-atlet bertaraf Olimpik.

Bagaimanapun, segala pelantikan masih menunggu kelulusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) termasuk urusan kontrak dan visa.

“Kita sasarkan angka 22 jurulatih boleh dicapai secara berperingkat pada 2025 dan 2026. Ini adalah pelaburan penting demi masa depan olahraga Malaysia, khususnya menuju Sukan Olimpik 2032,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ballard turut memaklumkan lebih 700 jurulatih tempatan telah menerima akreditasi daripada World Athletics pada tahun lalu menjadikan ia angka tertinggi dalam sejarah olahraga negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI