fbpx

Lelaki diberkas samun guna pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Polis berjaya menyelesaikan satu kes samun bersenjata dalam tempoh kurang 24 jam yang berlaku di Taman Nusa Bestari, Skudai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun berhubung kejadian itu.

“Mangsa mendakwa telah disamun oleh seorang lelaki tempatan bersenjatakan objek menyerupai sepucuk pistol di kawasan Taman Nusa Bestari.

“Bertindak atas maklumat sepasukan anggota dari Balai Polis Nusa Bestari berjaya mengesan dan menahan suspek warga tempatan in yang berumur 27 tahun di Taman Ungku Tun Aminah pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah motosikal, topi keledar, objek menyerupai sepucuk pistol serta sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM68.

Kumarasan berkata, hasil semakan mendapati suspek mempunyai 11 rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan air kencing positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek direman selama enam hari hingga Selasa ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 397 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960,” ujarnya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI