fbpx

Koperal polis tertembak kepala sendiri meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Koperal polis dipercayai tertembak kepala sendiri dilaporkan meninggal di Hospital Pulau Pinang, petang tadi.

GEORGE TOWN – Anggota polis berpangkat koperal yang dipercayai tertembak kepala sendiri dengan sepucuk pistol dalam kejadian di pos pengawal, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, kelmarin disahkan meninggal dunia, petang tadi.

Perkara itu dimuat naik ke laman Facebook rasmi PDRM Pulau Pinang sebentar tadi.

”Dimaklumkan bahawa Koperal A. Francis dari Kem Komandan, Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang disahkan meninggal dunia pada 10 April, pukul 5.12 petang di General Intensive Care Unit (GICU), Hospital Pulau Pinang.

”Mendiang sebelum ini mengalami kecederaan serius di bahagian kepala akibat insiden tertembak diri sendiri pada 8 April lalu,” katanya di sini hari ini.

Menurut makluman rasmi itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad serta warga kerja PDRM Pulau Pinang mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang.

”Semoga mereka tabah menghadapi segala ujian dan ketentuan ini serta dipermudahkan segala urusan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang koperal berusia 58 tahun cedera parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri dengan sepucuk pistol dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang itu.

Mangsa yang bertugas sebagai penyelia pos kawalan sejak pukul 8 pagi hingga 4 petang, tidak pulang ke rumah selepas tamat syif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI