fbpx

Kerjasama Malakoff, Masjid Saidina Umar Al-Khattab bangunkan sistem Solar Carport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Syahrin (kiri) pada majlis pemeteraian perjanjian antara Malakoff dengan MSUA di Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Malakoff Radiance Sdn Bhd (MRSB), anak syarikat solar komersial dan industri di bawah Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), telah memeterai Perjanjian Pembelian Tenaga Solar (SPPA) dengan Masjid Saidina Umar Al-Khattab (MSUA) di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Pemeteraian perjanjian tersebut adalah untuk membangunkan sistem Solar Carport Fotovoltaik Bersepadu Bangunan  dengan kapasiti 203 kWp.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, kerjasama  dengan MSUA menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan syarikat untuk memupuk pembangunan lestari komuniti.

Menurut beliau, dengan memberi impak positif kepada komuniti sekitar, inisiatif hijau ini menunjukkan potensi transformasi TBB.

“Kami berharap ia dapat memberi inspirasi kepada organisasi dan entiti lain untuk mengadaptasi usaha kelestarian yang serupa demi masa depan yang lebih cerah dan mampan.

“Melalui projek ini, kami bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan berkongsi pengetahuan mengenai manfaat jangka panjang pelaksanaan TBB, terutamanya tenaga solar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebagai Pelabur Solar PV Berdaftar (RPVI) untuk projek ini, MRSB bekerjasama dengan
MSUA, selaku pelanggan mereka, untuk menyediakan penyelesaian tenaga lestari.

Inisiatif ini akan mengurangkan kos elektrik bagi MSUA, sekali gus mempromosikan penjimatan kos melalui penggunaan tenaga bersih.

Projek ini turut menandakan usaha sulung MRSB dalam pemasangan projek solar berasaskan komuniti, membuka laluan untuk pelaksanaan projek seumpama ini pada masa hadapan.

Projek solar ini telah disiapkan dalam tempoh empat bulan di bawah skim Zero CAPEX.

Selain itu, projek ini juga menampilkan reka bentuk carport BIPV 100%. Panel solar ini berfungsi
sebagai struktur dua dalam satu, iaitu sebagai bumbung carport dan penjana tenaga hijau.

Ini menyediakan tempat letak kereta berteduh untuk lebih 40 kenderaan, menggabungkan
kelestarian dengan manfaat praktikal untuk komuniti. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI