fbpx

Kereta terjun jejambat, pemandu keliru lihat Google Maps

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta (dalam bulantan) terjunam dari jejambat belum siap. - Foto Viral Press

JAKARTA  – Sebuah kereta dipandu seorang lelaki jatuh dari sebuah jejambat belum siap setinggi 12 meter selepas pemandunya keliru melihat paparan aplikasi sistem penentu kedudukan global, Google Maps. 

Laman berita MailOnline melaporkan semalam bahwa kereta itu juga melakukan pendaratan ‘ajaib’.

Ketika kejadian, Rudie Heru Komandono, 61, menggunakan aplikasi Google Maps dalam  telefon pintarnya yang diletakkan pada papan pemuka kereta BMW 3 Series ketika dalam perjalanan menuju rumah rakannya di Gresik, wilayah Jawa Timur, Indonesia.

Bagaimanapun, Rudie dan seorang penumpang wanita, Endang Sri Wahyuni, 47, hanya cedera ringan selepas kereta itu terjatuh di atas  jalan raya tanpa melanggar kenderaan lain pada waktu malam, baru-baru ini.

“Saya cuba mengikuti panduan Sistem Kedudukan Global (GPS) pada telefon saya tetapi ia mengelirukan,” kata Rudie selepas keretanya rosak teruk pada bahagian depan.

Ketua Unit Penguatkuasaan Undang-undang Unit Trafik Polis Gresik, Inspektor Aswoko berkata: “Pemandu kereta itu terlalu fokus melihat Google Maps.” 

“Dia tidak sedar melepasi penghadang yang menghalang akses ke jalan belum siap.

“Pemandu dan penumpang dirawat di hospital dan tidak mengalami kecederaan serius. Mereka telah dibenarkan pulang,”  katanya. 

Rudie pula berkata, rakan wanitanya serik menaiki kereta bersamanya lagi susulan kejadian tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI