fbpx

Kelibat puntianak di lokasi kemalangan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELIBAT puntianak (dalam bulatan) dirakamkan oleh Budi. - Foto Facebook

JAKARTA – Seorang penduduk merakam gambar puntianak berambut panjang di lokasi kemalangan di sebatang jalan di Serdangbedagai, wilayah Sumatera Utara, lapor portal berita harianSIB semalam.

Apa yang menjadi perhatian penduduk ialah seorang lelaki dikenali sebagai Budi merakam gambar hantu yang memakai pakaian putih itu secara tidak sengaja.

Dia kemudian memuat naik gambar tersebut di platform Facebook.

Tempat Budi merakam gambar puntianak itu merupakan lokasi kemalangan melibatkan sebuah bas mini dan lori kontena malam kelmarin.

Netizen memberikan ulasan selepas hantaran Budi di Facebook mendapat lebih 140 komen.

Seorang netizen berkata: “Seram sekali, saudara.”

“Bukan sorotan lampu itu, bang. Itu puntianak sebenar,” kata seorang lagi netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI