fbpx

Kebakaran paip gas: KKM tidak terima sebarang laporan kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang 'total lost' dalam tragedi kebakaran saluran gas di Putra Heights Selasa lalu.

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana fasiliti kesihatan awam atau swasta berkaitan kes kematian melibatkan insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Puchong.

KKM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum beberapa komen di media sosial berkenaan kematian terkait insiden tersebut, namun tidak menerima sebarang laporan behubung hal itu.

“Satu laporan polis telah dibuat dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga telah dimaklumkan berhubung perkara berkenaan.

“Pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan komen-komen tidak benar sehingga menimbulkan kegusaran awam akan diambil tindakan keras mengikut lunas undang-undang,” katanya hari ini.

Dalam perkembangan lain, KKM berkata, setakat 12.30 tengah hari semalam, jumlah mangsa dirawat di seluruh fasiliti kesihatan berjumlah 150 orang.

Katanya, daripada jumlah itu, 112 orang mangsa telah dibenarkan discaj, manakala 38 orang masih menerima rawatan di wad-wad hospital iaitu 17 di fasiliti KKM dan 21 di fasiliti kesihatan swasta tanpa kemasukan baru.

“Satu pesakit masih di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta dan kesihatannya semakin menunjukkan kemajuan.

“Daripada 150 orang mangsa, 127 orang telah mengalami kecederaan langsung daripada insiden seperti luka kebakaran (burn wound) atau kecederaan fizikal lain.

“18 orang lagi mengalami kecederaan tidak langsung seperti serangan kebimbangan, serangan panik dan serangan tekanan darah tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, lima orang mangsa tidak menerima rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI