fbpx

Kebakaran paip gas: ‘Ada tuan rumah kenakan deposit tinggi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution

SUBANG JAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan terdapat mangsa tragedi letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights di sini berdepan kesulitan apabila pemilik rumah mengenakan bayaran deposit sehingga tiga bulan.

Menurut beliau, rata-rata penduduk masih terkesan dengan kejadian pada1 April lalu yang menyebabkan mereka kehilangan tempat tinggal dan syarat deposit tinggi tersebut dilihat menyulitkan lagi keadaan mangsa.

“Sebahagian besar mangsa masih lagi berusaha mendapatkan penempatan dengan sebahagian mereka apabila jumpa tempat (lokasi rumah sewa), mereka berurusan dengan tuan rumah dan tuan rumah pula mengenakan deposit sehingga dua atau tiga bulan.

“Kerajaan menawarkan bantuan, namun ada tuan rumah yang masih mengenakan (deposit) itu menyulitkan keadaan mereka (mangsa),” katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin memaklumkan, menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 443 urusan penggantian dokumen mangsa.

Program itu meliputi 172 urusan penggantian kad pengenalan (MyKad), sijil lahir (249), sijil perkahwinan (7), sijil kematian (1) dan dokumen lain yang musnah dalam kejadian kebakaran dahsyat tersebut.

Setakat ini, Saifuddin memberitahu, seramai 361 mangsa daripada 95 buah keluarga masih berlindung di PPS itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan kerajaan negeri bersetuju menampung kos sewaan kepada pemilik dan penyewa yang terjejas melibatkan jumlah keseluruhan RM7.356 juta.

Kerajaan negeri akan memberikan RM2,000 kepada setiap pemilik dan penyewa rumah yang terjejas selama tempoh enam bulan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI