fbpx

Katering kambing kurus pulangkan duit RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERATAN akhbar Kosmo! pada 6 April lalu.

SUNGAI PETANI – Seorang jurutera menjelaskan bahawa pihak katering telah mengembalikan baki wang yang dibayar untuk majlis kenduri akikah kira-kira RM3,000 setelah didakwa ­gagal menyediakan juadah ­seperti dijanjikan pada hari raya ketiga lalu.

Menurut Muhammad Aiman Arif Azhar, 28, pihak katering tersebut juga akan menanggung sendiri kerosakan sebuah van sewa yang didakwa dirosakkan pihak tertentu pada hari keja­dian.

Katanya, dia sebelum itu berasa pelik apabila pihak katering terbabit membuat laporan polis mendakwa ahli keluarganya merosakkan van tersebut pada hari kejadian gara-gara tidak berpuas hati dengan tempahan berkenaan.

“Namun, hasil perbincangan lanjut dengan pihak polis, pemilik katering bersetuju memulangkan semula baki wang selain menanggung sendiri kos kerosakan van kerana tidak dapat membuktikan kerosakan van itu berpunca dari perbuatan ahli keluarga kami,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, walaupun pihak ka­tering memulangkan semula wang itu, dia tetap berasa terkilan kerana hasrat untuk me­ngadakan majlis akikah anak, Ivy Ayna, 1, tidak kesampaian.

“Saya dan isteri telah merancang lama untuk menganjurkan majlis itu di rumah abang di SP Saujana, di sini, ketika pulang bercuti sempena sambutan hari lebaran tahun ini.

“Lebih mengujakan abang saya turut sama menunaikan akikah anaknya dan kami telah menjemput ramai ahli keluarga serta kenalan untuk memeriah­kan majlis bersekali dengan sambutan hari lebaran,” ujarnya yang bertugas di Kuala Lumpur.

Jelasnya, dia bertindak membuat hantaran di media sosial hanya untuk memberi peringatan kepada orang ramai agar berhati-hati memilih katering untuk sebarang penganjuran majlis bagi mengelak ditipu.

Kosmo! pada 4 April lalu melaporkan, hasrat seorang lelaki untuk mengadakan majlis akikah anaknya pada hari raya ketiga berkecai apabila mendakwa menjadi mangsa scam sebuah syarikat katering. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI