fbpx

Jemaah haji dan umrah diminta kekalkan disiplin, jaga nama baik negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Naim

KANGAR – Jemaah haji dan umrah Malaysia dinasihatkan agar mematuhi peraturan ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi ketika melakukan ibadah tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pematuhan undang-undang adalah penting bagi menjaga nama baik negara serta kelancaran ibadah.

“Kita rakyat Malaysia terkenal sebagai rakyat yang sentiasa mematuhi undang-undang, apatah lagi dalam konteks ibadah haji dan umrah

“Adalah penting untuk jemaah Malaysia yang menunaikan haji dan umrah untuk mengimbangi antara ibadah dan mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan Arab Saudi,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Pra-Pelancaran Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu pelanggaran visa atau ‘overstay’ dalam kalangan jemaah haji dan umrah – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI