fbpx

Isteri dedah suami rancang ‘check in’ dengan wanita lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita tampil secara terbuka di media sosial berkongsi pengalaman pahit menjelang Aidilfitri baru-baru ini, apabila mendakwa menemui bukti suaminya merancang untuk menginap di sebuah resort bersama wanita lain sempena cuti Hari Pekerja akan datang.

Dia yang dikenali sebagai Suri memuat naik hantaran itu menerusi kumpulan Facebook, Luahan Hati Seorang Isteri memohon pandangan dan pengalaman orang ramai, khususnya kaum wanita dan golongan peguam, tentang prosedur membuat aduan tangkap khalwat terhadap suami sendiri.

Menurut pengakuan wanita itu, rancangan curang pasangannya terbongkar selepas dia menemui perbualan WhatsApp antara suami dan pihak pengurusan resort yang menunjukkan bukti tempahan bilik telah dilakukan, lengkap dengan pembayaran deposit serta nombor bilik.

Wanita itu yang menetap di Selangor menyatakan hasrat untuk membuat laporan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Bentong, Pahang.

“Saya terfikir juga untuk buat laporan polis dan minta bantuan mereka ke resort, tapi risau kalau tak dibenarkan masuk sebab ia kawasan persendirian,” luahnya.

Dalam masa sama, Suri berkongsi perasaan bimbang akan reaksi suami yang mungkin bertindak agresif jika dia secara melulu menyerbu resort tersebut.

Katanya, dia tetap akan menyimpan segala bukti untuk memfailkan tuntutan fasakh di mahkamah syariah.

Di ruangan komen, ramai yang memberikan panduan prosedur tangkap khalwat kepda Suri selain turut menyarankan agar wanita itu menghubungi pejabat agama berdekatan.

“Telefon pejabat agama, serahkan segala bukti. Semasa serbuan elok puan pergi sekali bawa seorang ahli keluarga untuk teman,” kata Nooreen.

“Dapatkan khidmat peguam syarie untuk tindakan sewajarnya dalam kes puan ini. Moga Allah mudahkan urusan puan,” kata Aliya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI