fbpx

‘Ini bukan fantasi nakal atau ganas, saya memang dipukul Zehra’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IQWAN mengakui dan menunjukkan bukti pernah beberapa kali dikasari dan dipukul isterinya, Zehra Zambri.

BANGI – Dakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga, suami kepada penyanyi Zehra Zambri, Nur Mohd Iqwan Samsudin menganggap alasan tuntutan permohonan perceraian yang difailkan isterinya itu sebagai tidak munasabah.

Katanya, sepanjang lebih tiga tahun berkahwin dia mendakwa dikasari dan dipukul sebanyak empat kali yang meninggalkan parut kekal sehingga pernah membuat laporan polis

“Hasrat dia nak jadikan saya duda nampaknya terpaksa ditangguh, saya yakin dia juga tak sabar nak jadi janda tapi alasan diberikan tidak munasabah iaitu pertama, saya menyebabkan emosinya terganggu dan alami tekanan.

“Sebagai suami, salahkah ke saya tegur dia menari terkinja-kinja (tango). Adakah disebabkan itu emosinya terganggu? Yang kedua, dia kata saya culas melindunginya dari segi mental dan fizikal.

“Nak cakap fasal fizikal, selama tiga tahun perkahwinan, saya dah empat kali kena pukul dengan Zehra. Ini bukan fantasi nakal atau seks ganas. Ini saya betul-betul dipukul. Saya ada loporan polis dan laporan kesihatan?” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding permohonan cerai, hari ini.

Iqwan yang ditemui di lobi Mahkamah Syariah Rendah Hulu Langat turut mendakwa kejadian wanita tersebut berlaku sebelum isterinya itu menyertai program Gegar Vaganza musim 11 (GV1) sehingga kali terakhir ketika separuh akhir rancangan tersebut berlangsung.

“Masa separuh akhir program itu, saya kena pukul sebab ada peminat dia ‘like’ gambar saya dan Zehra tuduh saya ada skandal dengan wanita itu. Saya ada buat laporan polis ketika itu tapi polis beri saya dua pilihan sama ada nak tahan dia atau selesaikan isu secara suami isteri.

“Jadi saya pilih secara baik sebab tak nak ganggu persembahannya tapi perkara lain saya lakukan adalah laporkan keadaan saya kepada talian Nur.

“Sebelum itu, saya pernah kena pukul sebulan sebelum GV tapi saya tetap sokong dan bawa dia ke sana sini. Kali pertama kena pukul saya tak ingat tapi kali kedua, saya dipukul sebab nak lindungi anak saya iaitu pada 11 Januari 2024,” ujarnya.

Sebelum ini, pegawai penyiaran itu enggan melepaskan Zehra dan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dan hakim memutuskan kedua-dua pihak melantik Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 7 Mei depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI