fbpx

Harga iPhone cecah RM16,000 jika dibuat di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki melihat produk kedai menjual iPhone di New York, Jumaat lalu. - Foto AFP

WASHINGTON – Seorang penganalisis teknologi terkemuka memberi amaran bahawa harga telefon pintar iPhone boleh melonjak kepada sekitar AS$3,500 (RM16,000), lapor saluran berita CNN semalam.

Jangkaan itu dibuat selepas Presiden Donald Trump  mengumumkan tarif untuk barangan import ke Amerika Syarikat.

Ketua Penyelidikan Teknologi Global di firma perkhidmatan kewangan Wedbush Securities, Dan Ives memberitahu CNN bahawa harga tersebut adalah untuk iPhone yang dikeluarkan di AS.

Katanya, iPhone buatan AS boleh menelan kos lebih tiga kali ganda harga semasanya iaitu sekitar AS$1,000 (RM4,470).

Ini adalah kerana ia perlu untuk meniru ekosistem pengeluaran sangat kompleks yang wujud di Asia pada masa ini.

“Anda membina (rantaian bekalan) itu di AS dengan kilang di Virginia Barat dan New Jersey.

“iPhone akan dijual semahal AS$3,500,” katanya, merujuk kepada kilang atau kemudahan pembuatan berteknologi tinggi di mana cip komputer yang menjana peranti elektronik biasanya dibuat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI