fbpx

F1: Norris jangka McLaren lemah di Bahrain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORRIS mengakui Red Bull memiliki kelebihan menjelang aksi di GP Bahrain apabila reka bentuk litar tidak memihak kepada kekuatan jentera McLaren. - AFP

MANAMA – Pemandu McLaren, Lando Norris mengakui Red Bull masih menjadi ancaman utama mereka menjelang aksi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain hujung minggu ini.

Norris yang terpaksa akur di tempat kedua di belakang Max Verstappen pada perlumbaan GP Jepun minggu lalu berkata, kelemahan McLaren terutama di litar yang mempunyai banyak selekoh perlahan memberikan kelebihan buat Red Bull terutama di Bahrain.

“Sektor selekoh perlahan adalah kelemahan kami berbanding mereka (Red Bull). Di Bahrain nanti, selekoh laju agak kurang, jadi kami mungkin kehilangan kekuatan utama kami dan lebih terdedah kepada kelemahan.

“Di selekoh laju, kami memang sangat kuat, mungkin jentera paling laju di atas litar. Apabila masuk selekoh perlahan, kami jauh ketinggalan dengan Red Bull. Itu yang berlaku masa sesi kelayakan dan dalam perlumbaan juga,” kata Norris.

Pemandu Britain itu sebelum ini mendominasi dua perlumbaan awal musim di Australia dan China, namun kemenangan pertama Verstappen di Jepun berjaya merapatkan jurang antara kedua-dua pemandu itu dalam carta kedudukan kejuaraan dunia.

“Max (Verstappen) dan Red Bull memang pantas. Mereka bukan pasukan yang lemah sejak awal musim pun. Di Australia dia masih bersaing untuk menang, di China dia pun tidak jauh ketinggalan. Jadi saya jangka Max akan terus mencabar kami setiap minggu,” tambahnya.

Selepas tiga pusingan perlumbaan musim ini, McLaren kekal mendahului kejuaraan pengeluar dengan kelebihan 50 mata ke atas Red Bull yang berada di tangga ketiga, manakala Mercedes menghuni tempat kedua dengan 36 mata di belakang McLaren. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI