fbpx

Ejen hartanah ditemui maut, sempat beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA ditemukan meninggal dunia di dalam kereta miliknya yang diparkir di hadapan sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka.

MELAKA – Seorang ejen hartanah berusia 34 tahun ditemukan tidak bernyawa di dalam kenderaannya yang diletakkan di hadapan sebuah hotel di Ayer Keroh di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada sepupu mangsa pada pukul 10.30 malam.

“Seorang wanita memaklumkan sepupunya tidak sedarkan diri di dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 berwarna putih. Pintu kenderaan itu berkunci dan enjin dimatikan.

“Pengadu mengetuk tingkap kereta beberapa kali, tetapi tiada jawapan. Dia lemudian menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan. Lelaki itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas tubuh si mati tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kesan kecederaan.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati mangsa yang beralamat di Skudai, Johor dan masih bujang pernah memaklumkan kepada ibunya bahawa dia tertekan ekoran perlu membayar hutang sebayak RM500,000.

“Kali terakhir si mati berhubung dengan ibunya kira-kira pukul 11 malam pada 8 April lalu dan ada memberitahu dia gagal melunaskan baki hutang pelanggan berjumlah RM500,000,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI