fbpx

Dakwaan layanan kurang memuaskan di Hospital Jempol disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS) akan menjalankan siasiatan terperinci melibatkan dakwaan video tular mengenai layanan yang diperoleh pesakit serta waris semasa mendapatkan rawatan di Hospital Jempol.

Pengarahnya, Dr Zuraida Mohamed berkata, satu Jawatankuasa Siasatan Bebas telah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan tersebut.

“Siasatan merangkumi pelbagai aspek bagi mengenalpasti samada ianya (dakwaan) berasas atau tidak. Isu atau kelemahan berbangkit serta penambahbaikan yang perlu dijalankan oleh Hospital Jempol juga akan dikenalpasti,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di TikTok, pemilik akaun dengan nama wan_takaful berkongsi maklumat membabitkan layanan pihak hospital dari mula ibunya dihantar ke Hospital Jempol pada 2 April lalu.

Dia mendakwa ibunya juga mengambil masa selama empat jam sebelum diberikan wad untuk rawatan lanjut di hospital berkenaan.

Ibunya turut didakwa mengalami demam pada 4 April dan diambil sampel darah untuk tindakan lanjut, sebelum disahkan dijangkiti Covid-19.

Beberapa hari kemudiannya, dia nekad membawa keluar ibunya kerana bimbang dengan maklumat diterima ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan termasuklah ditidurkan.

Ujar pemilik akaun tersebut, kesemua maklumat yang dikongsikannya itu telah disalurkan melalui aduan di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI