fbpx

‘Dahlah sorok, sampai RM2.80 sepeket dijual’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Manjung memeriksa minyak masak peket yang ditemui di premis berkenaan di Sitiawan semalam. - Foto IHSAN KPDN

LUMUT – Sebanyak 465 peket minyak masak 1 kilogram (kg) bersubsidi bernilai RM1,162.50 disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak dalam satu serbuan pada pukul 4.48 petang semalam terhadap sebuah premis di Sitiawan di sini.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kejayaan operasi itu adalah hasil maklumat daripada orang awam yang menyatakan peniaga terbabit menjual minyak masak peket 1kg pada harga RM2.80 sepeket.

“Satu tindakan uji beli telah dibuat di premis tersebut dan mendapati pekerja telah menjual minyak masak peket 1kg pada harga RM 2.80 seunit dan bukti telah tertera melalui resit jualan yang diberi setelah apabila diminta.

“Pemeriksaan lanjut juga telah menemui minyak masak peket 1kg yang diletakkan dalam stor simpanan premis terbabit,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Kamalludin berkata, satu tindakan kes telah diambil kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan
1974.

Beliau berkata, ia adalah selaku pengilang, pemborong atau peruncit tidak mematuhi arahan pengawal dengan menjual minyak masak peket melebihi harga yang telah ditetapkan iaitu RM 2.50 seunit.

Katanya, sebanyak 465 peket minyak masak 1kg telah disita dengan nilai sitaan adalah dianggarkan berjumlah RM1,162.50.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI