fbpx

China kenakan tarif 84 peratus ke atas Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kapal kargo tiba di Pelabuhan Oakland di California kelmarin. – AFP

BEIJING – China mengumumkan tarikh timbal balik 84 peratus ke atas import barangan Amerika Syarikat (AS) semalam, setara tarif tambahan dikuatkuasakan Presiden Donald Trump awal hari sama dalam senario yang menyaksikan perang tarif antara dua ekonomi terbesar dunia itu bertambah sengit.

Saluran berita CNN melaporkan, tarif Trump berkuatkuasa awal semalam. China merupakan negara yang dikenakan tarif paling tinggi, menyaksikan cukai import keseluruhan terhadap negara berkenaan mencecah sekurang-kurangnya 104  peratus. 

Dalam pada itu, perang perdagangan antarabangsa semakin meluas semalam selepas Kesatuan Eropah mengumumkan akan mula mengutif cukai import barangan AS bermula kelmarin.

“Peningkatan tarif AS ke atas China adalah kesilapan berterusan yang mencabuli hak dan kepentingan Beijing serta menyebabkan kerosakan serius terhadap sistem perdagangan multilateral berlandaskan undang-undang,” kata Suruhanjaya Majlis Tarif Negara China dalam satu kenyataan.

Tindak balas Beijing itu berlaku selepas China berulang kali memberi amaran akan ‘berjuang hingga ke akhirnya’ jika AS meneruskan agenda tarif.

Sementara itu, Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent mengetepikan langkah tindak balas China.

Beliau menyuarakan rasa kesal kepada saluran Fox Business semalam kerana Bejing tidak mahu datang dan merundingkan persetujuan tarif.

Bessent juga menggelar China sebagai ‘pelanggar sistem perdagangan antarabangsa paling teruk.’

“Mereka (China) mempunyai ekonomi paling tidak seimbang dalam sejarah dunia moden dan saya katakan kepada anda bahawa mereka akan kalah dalam perang tarif ini. Mereka negara ‘berlebih’.

“Eksport China ke AS adalah lima kali ganda lebih tinggi berbanding eksport AS ke China. Jadi, Mereka boleh saja menaikkan tarif mereka. Peduli apa,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI