fbpx

‘Bengkak, naik gatal-gatal’ – Hanis Zalikha alah sinaran matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanis mendedahkan dia kini alah kepada sinaran matahari selepas kembali bercuti dari Maldives baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pelakon Hanis Zalikha mengalami alahan terhadap sinaran matahari ketika bercuti di Soneva Jani, Maldives bersama keluarga.

Bagaimanapun, Hanis atau nama lengkapnya Hanis Zalikha Zainal Rashid, 34, memaklumkan perkara tersebut tidak menghalangnya untuk melakukan aktiviti luar.

“Teka siapa yang alah dengan sinaran matahari?

“Tetapi saya sangat suka dengan penggambaraan dan aktiviti luar,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Disebabkan mahu teruskan aktiviti luar, isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu akan mengambil ubat sekiranya alahan berlaku.

Dia juga memaklumkan bahawa bengkak di badan akan semakin surut sekiranya berehat di rumah.

“Jadi makan sahaja ubat antihistamine kalau naik gatal-gatal.

“Bengkak hanya akan surut jika saya duduk di dalam rumah,” ujarnya.

Dalam hantaran tersebut, Hanis turut menunjukkan keadaan tangannya yang bengkak dan kemerah-merahan disebabkan alahan.

Sebelum ini, Hanis dan keluarga menyambut hari raya Aidilfitri di Soneva Jani. – KOSMO!ONLINEsyarfa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI