fbpx

Bekas Ketua Penolong Pengarah JAIPs didakwa ubah wang haram lebih RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hafeez (memakai pelitup muka) dikerumi rakannya selepas pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini-FOTO/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM – Seorang bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) didakwa atas tujuh pertuduhan penggubahan wang haram lebih RM300,000 di Mahkamah Sesyen, hari ini.

Tertuduh, Muhammad Hafeez Abu Seman, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.

Berdasarkan pecahan, Muhammad Hafeez dituduh empat pertuduhan memindahkan sejumlah wang RM101, 871.29 hasil wang haram dan satu pertuduhan memiliki RM60, 989.52 hasil wang sama dari dua akaun miliknya.

Manakala dua pertuduhan lain adalah menerima wang haram berjumlah RM162, 990 dari satu akaun bank seorang lelaki ke akaun bank miliknya dan kesemua kesalahan itu dilakukan di dua buah cawangan bank di Damansara Utama dan Kajang antara 5 April 2022 hingga 10 Jun tahun lalu.

Muhammad Hafeez turut mengaku tidak bersalah atas dua lagi pertuduhan menerima RM5,140 bagi urusan pendaftaran pernikahan luar negara yang dilakukan antara 19 September 2022 dan 20 Januari 2023.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Fariz Abdul Hamid mencadangkan jaminan keseluruhan RM310, 000 bagi semua pertuduhan selain memohon kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kangar berikutan kesemua saksi kes tinggal atau berada di Perlis.

Mahkamah kemudiannya menetapkan ikat jamin keseluruhan RM38,000 dengan dua orang penjamin dengan tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan sekali setiap bulan.

Permohonan pihak pendakwaan turut dibenarkan bagi pemindahan kes itu dengan sebutan semula pada
20 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI