fbpx

Bekalan tiga gol Arsenal belum selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE (depan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas menewaskan Real awal pagi semalam. - ARSENAL

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta kekal dengan sikap waspada dan merasakan kelebihan tiga gol bukan lagi jaminan buat pasukannya untuk mula membayangkan aksi separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

Pada aksi suku akhir pertama di Stadium Emirates awal pagi semalam, The Gunners mencipta sensasi apabila membenam juara bertahan, Real Madrid 3-0 sekali gus memberi harapan buat para penyokongnya untuk melihat pasukan mara lebih jauh sehingga ke pentas final.

Walaupun menganggap tiga gol itu sebagai perkembangan sihat, namun Arteta percaya Real masih mempunyai kemampuan untuk mempamer kebangkitan seperti yang pernah ditonjolkan pada musim-musim terdahulu.

“Kami perlu terus mengorak langkah seperti apa yang kami lakukan pada perlawanan ini. Selepas ini kami berkunjung ke Santiago Bernabeu dan sudah pasti kena tingkatkan lagi kemampuan.

“Untuk menyerlahkan identiti sebenar seperti dimahukan, kami kena bersiap sedia dengan lebih rapi khususnya untuk menghadapi aksi kedua di tempat lawan dan cuba memenanginya sekali lagi,” katanya.

Walaupun penjaga gol Los Blancos, Thibaut Courtois bertindak cemerlang sepanjang aksi itu, namun bintang tengah Arsenal, Declan Rice menyerlahkan sentuhan emasnya apabila meledak dua gol menerusi sepakan percuma diikuti satu lagi jaringan daripada Mikel Merino.

Mengulas lanjut tentang kemenangan paling bermakna kali ini, Arteta begitu berterima kasih kepada pemain dan penyokong The Gunners yang mencipta malam penuh gemilang pada perlawanan kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI