fbpx

Bayi 5 bulan maut dalam jagaan pihak taska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ISKANDAR PUTERI – Seorang bayi lelaki yang baharu berusia lima bulan dilaporkan maut ketika berada dalam jagaan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Kangkar Pulai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu oleh ibu mangsa yang berusia 31 tahun pada pukul 4.24 petang, semalam.

“Pengadu memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri ketika cuba dikejut daripada tidur oleh pengasuhnya iaitu seorang wanita tempatan berusia 34 tahun.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

“Manakala bedah siasat dibuat tidak mendapati sebarang kesan kecederaan luaran pada tubuh badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kumarasan, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Namun sasatan dijalankan selari di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak 2001 dan setakat ini, belum ada tangkapan dibuat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI