fbpx

4 UFO muncul dari Lautan Pasifik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ menunjukkan UFO (dalam bulatan) muncul dari Lautan Pasifik. - Foto Jeremy Corbell/X

WASHINGTON – Imej empat buah objek terbang tidak dikenali (UFO) yang muncul dari dalam Lautan Pasifik dirakam kamera tentera laut Amerika Syarikat (AS) di luar pantai California, lapor portal berita MailOnline semalam.

Objek itu dirakam oleh kelasi yang terkejut dan berkata, mereka melihat kumpulan UFO semasa berada di atas kapal tentera laut, USS Jackson.

Rakaman yang baharu diperoleh menunjukkan detik dua UFO muncul dari lautan dalam kejadian  pada 15 Februari 2023.

Video yang tidak pernah dilihat sebelum ini diperoleh wartawan,  George Knapp dan Jeremy Corbell yang mendedahkannya kepada umum kelmarin.

Bekas penganalisis jabatan pertahanan AS, Marik Von Rennenkampff menganalisis data penerbangan dan lokasi penampakan sebelum menyimpulkan bahawa tiada pesawat Amerika di kawasan itu.

“Saya rasa pesawat aneh ini bukan milik kita. Objek ini tidak masuk akal,” kata Von Rennenkampff. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI